Powered By Blogger

Camar Di Langkawi

Camar Di Langkawi

Tuesday, November 26, 2013

Bursa Istanbul


Ambil bagasi dan tunggu bas lebih kurang jam 9.00 pagi baru bertolak dari Airport Turki ke Bursa.

Ke Bursa menaiki Bas dan terus naik Feri untuk cepat perjalan ke Bursa. Jam 10.00++ di atas feri tingkat atas minum turkish coffee sangat mahal melebihi 10 Lera..tapi dah lapar ..nak buat macam mana
 
 

Minum coffee dan roti bakar di dalam feri sungguh sedap roti tu... Kat mana nak makan di Malaysia ya...???


 
Bila keluar feri sejuk nya ..kelihatan burung seagul mengikuti perjalanan kami

Istanbul Aku Datang


Tanggal 27 Jan 2013 – Aku dan suami bertolak ke Airport Subang dihantar oleh M Hafiz dan Abang Ali serta Kak Nab. Kemudian Anakku Bib dan menantu muncul . Cucu coklat tersayang pun ada hantar .


M. Hafiz, Sya dan Airene yang hantar dah balik ...Nak pergi majlis kenduri Tok De.
Terima kasih kakak Ipar yang membawa makanan dan lauk untuk aku dan suami makan di Airport sambil menunggu penerbangan ke Singapura jam 3 petang. Jasa mu tidak terbalas dan sentiasa dalam ingatan.
Dari Airport Singapura jam 12.30 malam bertolak ke Istanbul menaiki Tukish Air sampai pagi jam 7.30 pagi pada 28 Jan 2013.


 


Monday, December 17, 2012

Malam Anugerah Ijazah Homeopathy Malaysia


Bismillah.....
                                                                               
                                                                               
Jamuan makan malam majlis anugerah ijazah perubatan doktor homeopathy Malaysia pada 24/11/2012 . Kelihatan jiranku Hj. Jalal serta isterinya Puan Zuraidah dan Hj. Shukur turut hadir sama.
 
Turut hadir juga suami Hj. Zahlan dan sahabat En. Zakaria
                                                                                                                           










Kekawan  yang terima ijazah. Tahniah semuga berjaya dan maju kedepan perubatan Homeopathy demi membantu masyarakat Malaysia sentiasa sihat.
















 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, December 5, 2012

Tugas di Phnom Penh



Pada 22 Okt 2012 hingga 25 Okt 2012 aku ditugaskan ke Kedutaan Phnom Penh. Ni rupanya pintu masuk kompleks kedutaan... Aku audit kerja-kerja defect elektrik. Malangnya masa tu rakyat Phnom Penh tengah berkabung seminggu Raja Norodom mati. Jam le jalan raya. nak pergi makan jam 9 malam baru dapat makan. Tengahhari makan jam 2 petang. Balik hotel jam 10 malam baru sampai.



Ni hotel tempat kami menginap Intercontinental Phnom Penh. Makanan breakfast tak halal makan roti je.. tu pun takut juga nak makan...

Thursday, August 16, 2012



Bismillah


Saqafah Islamiah – Bisikan Nafsu

Berwaspada bisikan nafsu merupakan hal yang penting. Hal ini merupakan salah satu cara untuk membersihkan jiwa dari keburukan.

Ternyata, masaalah syaitan lebih banyak disebut dalam Al-Quran dan Al-Hadith daripada masalah nafsu. Dalam Al-Quran, nafsu madzmumah (yang buruk dan jahat) disebut dalam surah Yusof ayat 53 dan Surah An-Naziat ayat 40.

Adapun nafsu lawwamah (yang suka mencela) disebut dalam surah Al-Qiamah ayat 2, sedangkan masaalah syaitan lebih banyak disebutkan. Hal ini disebabkan  kejahatan dan rosaknya nafsu sebenarnya kerana godaan syaitan sehingga godaan syaitan itulah yang menjadi punca dan sumber kejahatan.

Rasulullah saw. menghimpun permohonan perlindungan dari nafsu dan syaitan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. ” Bahwasanya Abu Bakar ra. berkata, ’Wahai Rasulullah! Ajarilah aku sesuatu yang harus ku katakan jika aku  berada pada pagi dan petang hari,’ Beliau menjawab, ’Katakanlah Ya Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata, Pencipta segenap langit dan bumi, Tuhan dan pemilik sesuatu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah, kecuali Engkau,  aku berlindung kepadaMu dari kejahatan nafsuku dan dari kejahatan syaitan beserta sekutunya, dan dari melakukan kejahatan terhadap nafsuku atau aku melakukannya terhadap seorang muslim’..” (HR. At Tarmidzi, Abu Daud, dan Ad-Darimi)


Banyaknya makanan !!!! - Berpuasa adalah cara mengawal nafsu  makan...Segala penyakit berpunca dari makanan.  

Sunday, August 12, 2012


Bismillah

Saqafah Islamiah - Kiswah

Kiswah adalah kain hitam yang membungkus atau membalut Kaabah. Menurut riwayat Kiswah ada sejak zaman Nabi Ismail kemudian diikuti secara turun temurun oleh kaum Quraisy yang menjadi penjaga Kaabah dan dilanjutkan sampai sekarang. Kiswah dibuat dari bahan sutera asli yang alami dan disulam dengan berbagai kaligrafi ayat-ayat Al quran berwarna emas.

Adapun Kiswah khusus untuk Kaabah dinamakan AL Barqa. Setiap tahun, Kiswah ini diganti oleh Kerajaan Arab Saudi dengan upacara khusus sebelum wukuf.

Friday, August 10, 2012


Bismillah

Saqafah Islamiah

Hajar Aswad

Hajar Aswad adalah batu berwarna hitam kemerah-merahan dengan luas permukaan kurang lebih 30cm persegi yang menempel di Rukun Yamani. Batu tersebut dilingkari dengan bingkai perak putih. Hajar Aswad ini sesuai dengan tempatnya yang demikian mulia dan memiliki keistimewaan antara lain seperti berikut:

1.    Di sunatkan mencium Hajar Aswad atau mengangkat tangan ke arahnya ketika memulakan tawaf.

2.    Hajar Aswad berada di tempat paling mulia di Kaabah.

    3.    Dari sudut Hajar Aswad disyariatkan memulai tawaf

    4.    Orang yang mengangkat tangannya pada Hajar Aswad tidak ubahnya dia bersalaman dengan tangan Allah.

    5.    Dia akan memberikan kesaksian pada hari Kiamat terhadap orang-orang yang telah memberikan istilam kepadanya.

    6.    Laksana tangan kanan Allah di muka bumi