Powered By Blogger

Camar Di Langkawi

Camar Di Langkawi

Monday, December 5, 2011

Ibu pulang untuk selamanya....

Setelah seminggu ibuku berada dirumah adik ku di Kajang, ibu semakin uzur. Hari sabtu 10 Sept. 2011 aku menziarahinya, terpegun melihat ibu terbaring uzur.. Setelah solat magrib aku membaca yasin bersama puteriku Bib...
Aku memesan pada adik supaya menghantar ibu kerumahku esok (Ahad). Namun pada 11 Sept 2011 jam 8.30 pagi, sedang aku merempit bersama hubby menuju ke Chow Kit mencari fulltime maid untuk menjaga ibu.. tiba2 adik menalipon ibu telah pulang kerahmatullah... Lemah longlai badan.. aku dan anak2 terus kerumah adik mengurus jenazah ibu.
Ya Allah ampunlah dosa ibuku.. Al fatihah
Yang tinggal hanyalah sijil matinya.. Aku pula entah bila...mendapat sijil yang sama.

Sunday, August 21, 2011

Qiamulail Ramadhan 2011









Salam ramadhan

Alhamdulillah ramadhan tahun 2011 dapatlah aku qiammulail di surau Istana Negara. Akhir 10 ramadhan ada program qiamulail dan pertama kali pengalaman bangun pada 21 ramadhan dan kebetulan cuti sabtu malam ahad. Jam 3.30 pagi aku bangun kejut hubby dan pergi masjid. Nasib kurang baik pak imam tak kunjung tiba. Jam 4.15 pagi adalah ahli surau yang lebih baik mengimamkan sembahyang tasbih. Jiran kami membawa tiga anak lelakinya yang berumur antara 12 tahun hingga 7 tahun turut serta. Aku pun mengajak anak ku Abdul Halim ikut serta pada esoknya kerana kawan-kawan mereka ada. Aku pun memujuknya sahur best makan nasi ayam panas-panas lagi.. he.he..
Jam 3.30 pagi 22 ramadhan aku tiga beranak pergi surau Istana lagi. Wah kali ni ada pak Imam. Selepas sembahyang tasbih berjemaah, kami sembahyang taubat.... Pak Imam suruh bayangkan kita telah dikapan dan akan diusung dan memohon ampun kepada Allah dosa-dosa kita. Nikmat yang banyak tetapi amalan kesyukuran yang sagat sedikit. Aku menangis.. selalu kalau sembahyang taubat macam sembahyang sunat biasa-biasa je.. tak pernah membayangkan kita telah dikapankan... hu..hu...Allah ampunilah dosa aku, dosa suamiku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa anak-anak ku.....

Monday, August 8, 2011

Cucu...



Cucu yang di sayang
Comelnya cucu... telah 9 bulan ++ sekarang kena demam campak , kesian nya….waduh waduh

Sunday, July 17, 2011

Puteriku Sayang Nikah di Masjid Negara




Selamat Pengantin Baru Puteriku

Lima hari aku bercuti untuk menguruskan kenduri pernikahan puteri tercinta Habibah dan Abd Wahid
Manakala orang kuat yang selalu membantu kakak iparku Kak Nab pecah lutut semasa nak membeli baju baru ke majlis perkahwinan anakku itu. Anjang hubby tersayang meninggal dunia. Masa tu aku ke Sarawak 3 hari bertugas. Walaubagaimana pun semua persiapan diteruskan juga, telur pindang 1500 biji buat, majlis tahlil doa selamat beserta berinai pun buat. Alhamdulilah

Bernikah dimasjid Negara jam 3.00 petang. Hubby yang nikahkan dengan sekali lafaz sahlah puteriku bergelar isteri. Aku menangis, hubby pun mengalir air mata semasa memeluk menantu Abd Wahid tersayang. Semuga bahagia dan kekal keakhir hayat.....Amin

Wednesday, June 29, 2011

Cinta Madinah

Cinta Madinah

Hati ini begitu tersentuh dengan drama Cinta Madinah.. Banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari drama tersebut. Tentang kesusahan seorang isteri yang ditinggalkan suami menyara anaknya. Allah maha kaya menjadikan anak ini seorang yang soleh dan dapat menuntut ilmu di Madinah. Disana anak, isteri dan seorang ayah bertemu.

Kisah ini sama dengan hidup ku, kesusahan ibuku menyara anak2 nya, cuma aku tidak menuntut di Madinah tapi di Malaysia. Aku mendapat Diploma in Electrical Engineering dan tidak terus belajar ke UK seperti kawan-kawan sekuliah ku yang lain kerana tiada perbelanjaan dan ibu pun sudah tua. Tapi aku sambung belajar semula bila berusia 40 tahun dan berjaya menggenggam segulung ijazah setelah berumur 43 tahun. Alhamdulillah...

Aku juga berbangga dengan ayahku walaupun dia tidak menyara dan membela kami tapi aku sangat kasih kepadanya. Jauh disudut hati ini kami merinduinya. Berfikiran terbuka dan aku masih menyimpan memori manis bersamanya waktu berjumpa walau seketika dan surat2nya masih ku simpan untuk kenanganku.

Kini ayah telah tiada cuma doa mengiringinya dipusara... Alfatihah...

Monday, June 27, 2011

Pindah Office lagi

Bismillah




Setelah berpindah ke tempat baru, hari ni dapat update blog.... boleh tahan juga sibuk kat CKBA ni. Bersyukur kepada Allah pergi office naik monorail je.. Dulu ke Putrajaya naik bas kilang he.he jadi minah kilang hari2




Amalan yang selalu aku buat ialah sujud syukur. InsyaAllah Allah akan tambah lagi rahmat untuk kita semua. Alhamdulillah.




Beginilah doanya...




سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ

الْخَالِقِينَ

Artinya:
"Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta."

Thursday, March 17, 2011

Kasihnya Ibu...membawa ke syurga


Bismillah

Dah lama aku tak update blog rasa macam nak give up je…

Tapi mungkin sebagai luahan rasa hati sendiri pun boleh lah, nak buat canggih2 macam orang lain tak tahu, rasa malas nak belajar tu semua.

Baru masuk dua minggu aku bawa ibu tinggal bersama aku… memang penat tapi aku rasa seronok, kerana melihatnya aku merasa insaf akan diri ini. Macam mana bila aku tua nanti, melihat tangannya terketar-ketar sayu hati aku. Tangan itulah yang mendukung aku dulu… Ibu maafkan aku.

Alhamdulilah dapat bibik indon cleaner membantu 2 jam dari jam 5 petang hingga 7 malam. Lega aku dari capek..he..he.. Harap ..all is well.