Bismillah
Semoga coretan Abdul Adzim dapat menyedarkan kita cinta kasih sayag ibu dan bapa. Alhamdulillah Pn Azura mendapat anak yang soleh yang akan sentiasa mendoakanya. Semoga pilihan berpencen awal Pn dan Suami dapat mencari keredhaan Allah InsyaAllah. Sama-sama lah kita berdoa.
Selamat
Hari Lahir Cinta!
{
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan
lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisiMu agar
apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redhaMu; dan peliharalah penulisan
ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada
perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agamaMu }
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah, Maha Penyayang...
7 Mac.
Hari ini hari ulangtahun kelahiran
seorang manusia yang saya kasihi. Seorang wanita yang amat saya cintai. Malah
lebih saya cintai dari diri saya sendiri.
Jika
mahu dibandingkan antara saya dengan insan ini dari segala segi, nescaya dialah
langit, sayalah bumi. Melangit jugalah cinta saya pada insan yang melahirkan
saya ke dunia.
Dialah
ibu saya. Mama saya. Dialah wanita yang paling saya cintai. Dialah insan kedua
yang paling saya cintai, dan hari ini mama berusia tepat separuh abad.
Cinta
saya pada mama bukanlah hanya kerana dia insan yang berperit jerih membawa saya
ke dunia.
Cinta
saya pada mama bukanlah hanya kerana dia yang berlelah menjaga saya sedari
kecil.
Cinta
saya pada mama bukanlah kerana dia ibu saya.
Tidak.
Bukan hanya kerana itu saya cintakan mama.
Sahabat-sahabat
beritahulah pada saya...
Jika
yang di atas ini menjadi sebab utama untuk kita cintakan ibu kita, maka
tanyalah pada dunia.
Kenapa
masih ada yang sanggup membiarkan ibu mereka keseorangan di hari tua?
Kenapa
masih ada anak yang tega membiarkan ibu mereka di tepi jalanan, membiarkan
mereka terabai di hari-hari yang paling mereka memerlukan kita?
Kenapa
sahabat?
Adakah
kerana mereka tidak tahu tentang deritanya ibu melahirkan mereka?
Adakah
kerana mereka tidak tahu betapa lelahnya ibu memelihara mereka sedari kecil?
Mustahil
mereka tidak tahu...
Kerana
itu saya katakan cinta saya pada mama bukan terhad kerana itu.
Cinta
saya pada mama kerana kami berkongsi suatu perkara
Cinta
saya pada mama kerana kami berkongsi satu pengharapan
Kami
sama mengharapkan cinta Ilahi Rabbi
Saya
cintakan mama kerana Allah
Mama
cintakan saya kerana Allah
Namun
di sebalik pengakuan cinta saya pada mama
saya
tahu cinta saya tak terbanding dengan cinta mama pada saya.
Mama
cintakan anak-anaknya sama rata, namun ratanya itu tiada berhad.
Cinta
saya tak akan mungkin setinggi cinta mama pada kami
Tapi
saya mahu tetap terus mencuba, biarpun saya tahu ianya sukar.
Jadi,mulai
hari ini saya mahu luaskan cinta saya pada mama
Saya
mahu senyum lebih pada mama
Saya
mahu doa untuk mama tiada henti
Saya
mahu bicara saya lebih lembut dengan mama
Saya
mahu peluk cium mama lebih banyak
Saya
mahu gandakan ucapan cinta saya pada mama
Saya
mahu mama tahu yang saya benar-benar cintakan mama
Saya
tak mahu peduli jika orang lain katakan saya 'Mama's Boy'
Saya
tak mahu peduli lagi jika orang katakan saya anak manja
Biarlah
saya manja.
Biarlah
saya jadi Mama's Boy selamanya
Kerana
bagi saya, mamalah Ratu Hati saya
dan
mama adalah 'syurga' saya...
Along, Angah dan Ajim cintakan mama
kerana Allah! (Oops, papa juga!)
Selamat
Hari Jadi Mama! Happy Sweet 50! :)
P/S: untuk mama seluruh dunia.