Bismillah
Terbaca ayat 19 Surah AnNisa' : Yang hujungnya berbunyi - "Dan bergaulah dengan mereka dengan cara yang patut (berdasarkan kemulian dan cinta kasih). Maka jika kalian tidak menyukai mereka (alasan duniawi), bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah padanya banyak kebaikan" .
Mungkin menjadi iktibar bagi isteri dan suami supaya sentiasa bersabar menghadapi ombak badai rumahtangga terutamanya ha-hal remeh dan duniawi janganlah dibesar-besarkan. Bagi suami hendaklah bersabar kerana isteri sangat penat menjaga anak, keperluan rumahtangga makan dan minum sambil berkerja mencari tambahan rezki untuk kehidupan bersama. Untuk sesuaikan hidup bersama melayari bahtera dengan latarbelakang dan background keluarga yang berbeda mengambil masa yang sangat lama. Kesabaran dan pengorbanan adalah tanggungjawab bersama suami isteri.
Menurut alkisah seorang sahabat di zaman Saidina Umar ingin mengadu tentang isterinya dan telah pergi ke rumah Saidina Umar. Beliau terdengar isteri Saidina Umar berkata-kata sesuatu tentang Saidina Umar (lebih kurang kita katakan membebel). Sahabat pun berpatah balik hendak pulang dan Saidina Umar pun bertanyakan kepada sahabat apakah keperluannya. Sahabat pun menyatakan bahawa dia ingin mengadu tentang perangai isterinya. Tetapi melihatkan Saidina Umar pun demikian, seperti tak jadilah mengadu. SaidinaUmar mengatakan hendaklah kamu bersabar kerana istei kamu penat/lelah menjaga anak-anak kamu , makan pakai dan lain keperluan rumah.
Semuga menjadi iktibar kepada semua bahawa Saidina Umar yang dijamin syurga oleh Allah pun di bebelkan oleh isterinya.... Ini pula kita yang syurga entah kemana jahilnya bagaimana tentulah tidak perfect dan setiasa membuat kesalahan dan kesilapan. Bermaaf-maafan adalah jalan yang terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment