Powered By Blogger

Camar Di Langkawi

Camar Di Langkawi

Wednesday, August 8, 2012

Coretan Arwah Abdul Adzim

Bismillah
Semoga coretan Abdul Adzim dapat menyedarkan kita cinta kasih sayag ibu dan bapa. Alhamdulillah Pn Azura mendapat anak yang soleh yang akan sentiasa mendoakanya. Semoga pilihan berpencen awal Pn dan Suami dapat mencari keredhaan Allah InsyaAllah. Sama-sama lah kita berdoa.

Selamat Hari Lahir Cinta!

by 'Abdul 'Adzim on Sunday, 7 March 2010 at 01:41

{ Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisiMu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redhaMu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agamaMu }
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang...
7 Mac.
Hari ini hari ulangtahun kelahiran seorang manusia yang saya kasihi. Seorang wanita yang amat saya cintai. Malah lebih saya cintai dari diri saya sendiri.

Jika mahu dibandingkan antara saya dengan insan ini dari segala segi, nescaya dialah langit, sayalah bumi. Melangit jugalah cinta saya pada insan yang melahirkan saya ke dunia.
Dialah ibu saya. Mama saya. Dialah wanita yang paling saya cintai. Dialah insan kedua yang paling saya cintai, dan hari ini mama berusia tepat separuh abad.

Cinta saya pada mama bukanlah hanya kerana dia insan yang berperit jerih membawa saya ke dunia.
Cinta saya pada mama bukanlah hanya kerana dia yang berlelah menjaga saya sedari kecil.

Cinta saya pada mama bukanlah kerana dia ibu saya.
Tidak. Bukan hanya kerana itu saya cintakan mama.

 Sahabat-sahabat beritahulah pada saya...
Jika yang di atas ini menjadi sebab utama untuk kita cintakan ibu kita, maka tanyalah pada dunia.

Kenapa masih ada yang sanggup membiarkan ibu mereka keseorangan di hari tua?
Kenapa masih ada anak yang tega membiarkan ibu mereka di tepi jalanan, membiarkan mereka terabai di hari-hari yang paling mereka memerlukan kita?
Kenapa sahabat?

 Adakah kerana mereka tidak tahu tentang deritanya ibu melahirkan mereka?
Adakah kerana mereka tidak tahu betapa lelahnya ibu memelihara mereka sedari kecil?
Mustahil mereka tidak tahu...

Kerana itu saya katakan cinta saya pada mama bukan terhad kerana itu.
Cinta saya pada mama kerana kami berkongsi suatu perkara

Cinta saya pada mama kerana kami berkongsi satu pengharapan
Kami sama mengharapkan cinta Ilahi Rabbi

Saya cintakan mama kerana Allah
Mama cintakan saya kerana Allah

 Namun di sebalik pengakuan cinta saya pada mama
saya tahu cinta saya tak terbanding dengan cinta mama pada saya.

Mama cintakan anak-anaknya sama rata, namun ratanya itu tiada berhad.
Cinta saya tak akan mungkin setinggi cinta mama pada kami

Tapi saya mahu tetap terus mencuba, biarpun saya tahu ianya sukar.
Jadi,mulai hari ini saya mahu luaskan cinta saya pada mama

Saya mahu senyum lebih pada mama
Saya mahu doa untuk mama tiada henti

Saya mahu bicara saya lebih lembut dengan mama
Saya mahu peluk cium mama lebih banyak

Saya mahu gandakan ucapan cinta saya pada mama
Saya mahu mama tahu yang saya benar-benar cintakan mama

Saya tak mahu peduli jika orang lain katakan saya 'Mama's Boy'
Saya tak mahu peduli lagi jika orang katakan saya anak manja

Biarlah saya manja.

Biarlah saya jadi Mama's Boy selamanya

Kerana bagi saya, mamalah Ratu Hati saya

dan mama adalah 'syurga' saya...
Along, Angah dan Ajim cintakan mama kerana Allah! (Oops, papa juga!)


Selamat Hari Jadi Mama! Happy Sweet 50! :)
P/S: untuk mama seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment