Powered By Blogger

Camar Di Langkawi

Camar Di Langkawi

Monday, December 17, 2012

Malam Anugerah Ijazah Homeopathy Malaysia


Bismillah.....
                                                                               
                                                                               
Jamuan makan malam majlis anugerah ijazah perubatan doktor homeopathy Malaysia pada 24/11/2012 . Kelihatan jiranku Hj. Jalal serta isterinya Puan Zuraidah dan Hj. Shukur turut hadir sama.
 
Turut hadir juga suami Hj. Zahlan dan sahabat En. Zakaria
                                                                                                                           










Kekawan  yang terima ijazah. Tahniah semuga berjaya dan maju kedepan perubatan Homeopathy demi membantu masyarakat Malaysia sentiasa sihat.
















 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, December 5, 2012

Tugas di Phnom Penh



Pada 22 Okt 2012 hingga 25 Okt 2012 aku ditugaskan ke Kedutaan Phnom Penh. Ni rupanya pintu masuk kompleks kedutaan... Aku audit kerja-kerja defect elektrik. Malangnya masa tu rakyat Phnom Penh tengah berkabung seminggu Raja Norodom mati. Jam le jalan raya. nak pergi makan jam 9 malam baru dapat makan. Tengahhari makan jam 2 petang. Balik hotel jam 10 malam baru sampai.



Ni hotel tempat kami menginap Intercontinental Phnom Penh. Makanan breakfast tak halal makan roti je.. tu pun takut juga nak makan...

Thursday, August 16, 2012



Bismillah


Saqafah Islamiah – Bisikan Nafsu

Berwaspada bisikan nafsu merupakan hal yang penting. Hal ini merupakan salah satu cara untuk membersihkan jiwa dari keburukan.

Ternyata, masaalah syaitan lebih banyak disebut dalam Al-Quran dan Al-Hadith daripada masalah nafsu. Dalam Al-Quran, nafsu madzmumah (yang buruk dan jahat) disebut dalam surah Yusof ayat 53 dan Surah An-Naziat ayat 40.

Adapun nafsu lawwamah (yang suka mencela) disebut dalam surah Al-Qiamah ayat 2, sedangkan masaalah syaitan lebih banyak disebutkan. Hal ini disebabkan  kejahatan dan rosaknya nafsu sebenarnya kerana godaan syaitan sehingga godaan syaitan itulah yang menjadi punca dan sumber kejahatan.

Rasulullah saw. menghimpun permohonan perlindungan dari nafsu dan syaitan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. ” Bahwasanya Abu Bakar ra. berkata, ’Wahai Rasulullah! Ajarilah aku sesuatu yang harus ku katakan jika aku  berada pada pagi dan petang hari,’ Beliau menjawab, ’Katakanlah Ya Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata, Pencipta segenap langit dan bumi, Tuhan dan pemilik sesuatu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah, kecuali Engkau,  aku berlindung kepadaMu dari kejahatan nafsuku dan dari kejahatan syaitan beserta sekutunya, dan dari melakukan kejahatan terhadap nafsuku atau aku melakukannya terhadap seorang muslim’..” (HR. At Tarmidzi, Abu Daud, dan Ad-Darimi)


Banyaknya makanan !!!! - Berpuasa adalah cara mengawal nafsu  makan...Segala penyakit berpunca dari makanan.  

Sunday, August 12, 2012


Bismillah

Saqafah Islamiah - Kiswah

Kiswah adalah kain hitam yang membungkus atau membalut Kaabah. Menurut riwayat Kiswah ada sejak zaman Nabi Ismail kemudian diikuti secara turun temurun oleh kaum Quraisy yang menjadi penjaga Kaabah dan dilanjutkan sampai sekarang. Kiswah dibuat dari bahan sutera asli yang alami dan disulam dengan berbagai kaligrafi ayat-ayat Al quran berwarna emas.

Adapun Kiswah khusus untuk Kaabah dinamakan AL Barqa. Setiap tahun, Kiswah ini diganti oleh Kerajaan Arab Saudi dengan upacara khusus sebelum wukuf.

Friday, August 10, 2012


Bismillah

Saqafah Islamiah

Hajar Aswad

Hajar Aswad adalah batu berwarna hitam kemerah-merahan dengan luas permukaan kurang lebih 30cm persegi yang menempel di Rukun Yamani. Batu tersebut dilingkari dengan bingkai perak putih. Hajar Aswad ini sesuai dengan tempatnya yang demikian mulia dan memiliki keistimewaan antara lain seperti berikut:

1.    Di sunatkan mencium Hajar Aswad atau mengangkat tangan ke arahnya ketika memulakan tawaf.

2.    Hajar Aswad berada di tempat paling mulia di Kaabah.

    3.    Dari sudut Hajar Aswad disyariatkan memulai tawaf

    4.    Orang yang mengangkat tangannya pada Hajar Aswad tidak ubahnya dia bersalaman dengan tangan Allah.

    5.    Dia akan memberikan kesaksian pada hari Kiamat terhadap orang-orang yang telah memberikan istilam kepadanya.

    6.    Laksana tangan kanan Allah di muka bumi

Thursday, August 9, 2012

Tanda-Tanda Kiamat


Saqafah Islamiah

 Tanda-Tanda Kiamat
 
Tanda-tanda Kiamat Besar adalah kejadian-kejadian yang sangat besar yang menandakan Kiamat sudah dekat.

Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari r.a, Rasulullah saw. muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling mengingat-ingat. Rasulullah saw. bertanya , ”Apa yang sedang kamu ingat-ingat?”.  Sahabat menjawab ”Kami mengingat hari Kiamat”. Rasulullah saw. bersabda, ”Kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat 10 tandanya”. Kemudian Rasulullah saw. menyebutkan : Dukhan (kabut asap), Dajal, binatang (pandai bicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa a.s., Ya’juj, Ma’juj, dan tiga gerhana, iaitu gerhana di Timur, barat dan Jazirah Arab, dan terakhir api yang keluar dari Yaman yang menghantar manusia ke Mahsyar (HR. Muslim).

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a berkata, Rasulullah saw. bersabda, ”Hari tidak akan berakhir , dan tahun belum akan pergi sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang dari keluargaku, namanya sama dengan namaku.” (HR Ahmad)

Tabiat Yahudi dalam Al-Quran


Bismillah

Alhamdulillah sempena akhir ramadhan, I try to read Tafsir Quran (Syaamil AlQuran The Miracle 15 in 1 - Deparment Agama Republik Indonesia.

I would like to share with you supaya kita dapat menghindari diri dari menjadi seperti tabiat Yahudi dalam column Al-Quran tersebut

Mukjizat Al-Quran

Tabiat Yahudi dalam Al-Quran

1. Derhaka dan melampaui batas, serta membiarkan kemungkaran yang terjadi diantara manusia (QS.5:78-79)

2. Menjadikan kaum kafir sebagai pelindung dan penolong mereka (QS. 5:80-81)

3. Permusuhan mereka amat besar terhadap Islam dan umatnya (QS. 5: 82)

4. Hati mereka keras laksana batu, bahkan lebih keras lagi, Diantara penyebabnya kerana mereka

    melanggar perjanjian dengan Allah. (QS.5:13)

5. Suka melanggar perjanjian yang mereka buat sendiri, termasuk perjanjian dengan Allah swt. dan rasul-rasulnya. Dan oleh itu mereka mendapat murka Allah dan berbagai hukumannya (QS. 20:86)

6. Mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh banyak nabi. Dan itu menyebabkan mereka sentiasa diliputi dengan kehinaan dan kerendahan dimana pun mereka berada. (QS. 3:112)

7. Banyak berbuat lancang terhadap Allah swt, seperti menuduh Allah swt miskin dan tangannya terbelenggu. (QS.3: 181)

8. Memalsukan kitab dengan tangannya, memalingkan dari maksud sebenarnya, dan menghilangkan sebahagiannya. (QS. 2:79)

9. Amat Tamak terhadap dunia, bahkan melebihi orang mushrik. Menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian. (QS. 2 :96)

10. Mengenal benar siapa Rasulullah saw. Tetapi mereka menyembunyikan kebenaran. (QS. 2:146)

Sadaqallah

Wednesday, August 8, 2012

Coretan Arwah Abdul Adzim

Bismillah
Semoga coretan Abdul Adzim dapat menyedarkan kita cinta kasih sayag ibu dan bapa. Alhamdulillah Pn Azura mendapat anak yang soleh yang akan sentiasa mendoakanya. Semoga pilihan berpencen awal Pn dan Suami dapat mencari keredhaan Allah InsyaAllah. Sama-sama lah kita berdoa.

Selamat Hari Lahir Cinta!

by 'Abdul 'Adzim on Sunday, 7 March 2010 at 01:41

{ Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisiMu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redhaMu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agamaMu }
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang...
7 Mac.
Hari ini hari ulangtahun kelahiran seorang manusia yang saya kasihi. Seorang wanita yang amat saya cintai. Malah lebih saya cintai dari diri saya sendiri.

Jika mahu dibandingkan antara saya dengan insan ini dari segala segi, nescaya dialah langit, sayalah bumi. Melangit jugalah cinta saya pada insan yang melahirkan saya ke dunia.
Dialah ibu saya. Mama saya. Dialah wanita yang paling saya cintai. Dialah insan kedua yang paling saya cintai, dan hari ini mama berusia tepat separuh abad.

Cinta saya pada mama bukanlah hanya kerana dia insan yang berperit jerih membawa saya ke dunia.
Cinta saya pada mama bukanlah hanya kerana dia yang berlelah menjaga saya sedari kecil.

Cinta saya pada mama bukanlah kerana dia ibu saya.
Tidak. Bukan hanya kerana itu saya cintakan mama.

 Sahabat-sahabat beritahulah pada saya...
Jika yang di atas ini menjadi sebab utama untuk kita cintakan ibu kita, maka tanyalah pada dunia.

Kenapa masih ada yang sanggup membiarkan ibu mereka keseorangan di hari tua?
Kenapa masih ada anak yang tega membiarkan ibu mereka di tepi jalanan, membiarkan mereka terabai di hari-hari yang paling mereka memerlukan kita?
Kenapa sahabat?

 Adakah kerana mereka tidak tahu tentang deritanya ibu melahirkan mereka?
Adakah kerana mereka tidak tahu betapa lelahnya ibu memelihara mereka sedari kecil?
Mustahil mereka tidak tahu...

Kerana itu saya katakan cinta saya pada mama bukan terhad kerana itu.
Cinta saya pada mama kerana kami berkongsi suatu perkara

Cinta saya pada mama kerana kami berkongsi satu pengharapan
Kami sama mengharapkan cinta Ilahi Rabbi

Saya cintakan mama kerana Allah
Mama cintakan saya kerana Allah

 Namun di sebalik pengakuan cinta saya pada mama
saya tahu cinta saya tak terbanding dengan cinta mama pada saya.

Mama cintakan anak-anaknya sama rata, namun ratanya itu tiada berhad.
Cinta saya tak akan mungkin setinggi cinta mama pada kami

Tapi saya mahu tetap terus mencuba, biarpun saya tahu ianya sukar.
Jadi,mulai hari ini saya mahu luaskan cinta saya pada mama

Saya mahu senyum lebih pada mama
Saya mahu doa untuk mama tiada henti

Saya mahu bicara saya lebih lembut dengan mama
Saya mahu peluk cium mama lebih banyak

Saya mahu gandakan ucapan cinta saya pada mama
Saya mahu mama tahu yang saya benar-benar cintakan mama

Saya tak mahu peduli jika orang lain katakan saya 'Mama's Boy'
Saya tak mahu peduli lagi jika orang katakan saya anak manja

Biarlah saya manja.

Biarlah saya jadi Mama's Boy selamanya

Kerana bagi saya, mamalah Ratu Hati saya

dan mama adalah 'syurga' saya...
Along, Angah dan Ajim cintakan mama kerana Allah! (Oops, papa juga!)


Selamat Hari Jadi Mama! Happy Sweet 50! :)
P/S: untuk mama seluruh dunia.

Monday, August 6, 2012

Tidak menyukai isteri kerana alasan duniawi

Bismillah

Terbaca ayat 19 Surah AnNisa' : Yang hujungnya berbunyi - "Dan bergaulah dengan mereka dengan cara yang patut (berdasarkan kemulian dan cinta kasih). Maka jika kalian tidak menyukai mereka (alasan duniawi), bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah padanya banyak kebaikan" .

Mungkin menjadi iktibar bagi isteri dan suami supaya sentiasa bersabar menghadapi ombak badai rumahtangga terutamanya ha-hal remeh dan duniawi janganlah dibesar-besarkan. Bagi suami hendaklah bersabar kerana isteri sangat penat menjaga anak, keperluan rumahtangga makan dan minum sambil berkerja mencari tambahan rezki untuk kehidupan bersama. Untuk sesuaikan hidup bersama melayari bahtera dengan latarbelakang dan background keluarga yang berbeda mengambil masa yang sangat lama. Kesabaran dan pengorbanan adalah tanggungjawab bersama suami isteri.

Menurut alkisah seorang sahabat di zaman Saidina Umar ingin mengadu tentang isterinya dan telah pergi ke rumah Saidina Umar. Beliau terdengar isteri Saidina Umar berkata-kata sesuatu tentang Saidina Umar (lebih kurang kita katakan membebel). Sahabat pun berpatah balik hendak pulang dan Saidina Umar pun bertanyakan kepada sahabat apakah keperluannya. Sahabat pun menyatakan bahawa dia ingin mengadu tentang perangai isterinya. Tetapi melihatkan Saidina Umar pun demikian, seperti tak jadilah mengadu. SaidinaUmar mengatakan hendaklah kamu bersabar kerana istei kamu penat/lelah menjaga anak-anak kamu , makan pakai dan lain keperluan rumah.

Semuga menjadi iktibar kepada semua bahawa Saidina Umar yang dijamin syurga oleh Allah pun di bebelkan oleh isterinya.... Ini pula kita yang syurga entah kemana jahilnya bagaimana tentulah tidak perfect dan setiasa membuat kesalahan dan kesilapan. Bermaaf-maafan adalah jalan yang terbaik.

Professional Interview

Bismillah

Sehari sebelum ramadhan iaitu hari jumaat, I had Professional Engineer Interview. Pasrah to Allah, at this age , it was very difficult to remember all project experience I have gone thro. Hope before pencen I can get the title for sweet memories with JKR... InsyaAllah

This picture was taken during my lawatan project cable car at langkawi 2011

Sunday, August 5, 2012

Homeopathy can cure almost all sickness except death

Bismillah..
Application of Homeopathy, alhamdulilah so far can cure for my cucu having fever or cough or asthma. Normally we go to Dr. (H) Hassan PKNS Bangi.

See my cucu Airene. This picture taken during our vacation at Kota Kinabalu. Very cold here and the temperature was about 14 deg. celcius

Bulan ramadhan menjelma lagi

Pada hari Sabtu 21 Julai ramadhan muncul semula buat umat Islam mengerjakan rukun Islam yang ke 3. Aku dan keluarga tidak ketinggalan menyambutnya dengan penuh barakah. Ramadhan kali ini lagi gembira ditambah dengan kehadiran cucu baru Muhamad Kasfi. Semuga ramdahan yang mendatang dapatlah aku menambah amalan yang sangat berkurangan ni. Aku kurang sihat bulan ramadhan ini. Batuk dan asthma menjadi2 nak buat macam mana ujian Allah. Nasib baik aku tak masuk wad HUKM pada hari Ahad besoknya aku sesak nafas. Puasa tinggal dua hari. Kenalah mengganti jawabnya. Ramadhan kali ini aku joint tadarus dengan ali jemaah surau Istana selang dua malam. Bila tak tadarus aku ke Masjid Negara.

Kawan Sekolah Men. (SDAD) Muar

Bismillah..




Sungguh gembira dapat berjumpa kawan-kawan lama semasa sekolah menengah SDAD Muar 1975 dan 1976. InsyaAllah akan ada alumni.. bulan Jun 2012. terpaksalah buka facebook untuk chat dengan diaorang. tapi aku masih selesa dengan blog juga.

Perubatan Homeopathy

Kini aku belajar perubatan Hemeopathy klasik di Hotel City Villa, I and hubby telah attend 3 classes. Okey tak sangka homeopathy can cure almost all sickness except old and death. So far interesting, sambil dapat menambah ilmu, dapat juga menjana brain yang berkarat to make neuron to spark again he..he.. Prof. Dr. Burhanuddin al-Helmi. Prof. Dr. Burhanuddin merupakan seorang tokoh politik tanahair, yang merupakan salah seorang pengasas Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pernah menjadi Presiden Partai Islam Se Malaysia (PAS) adalah pengasas perubatan Homeopathy di Malaysia. - Kesemua keluarga diRaja British termasuk Queen Elizabeth II, dan Prince Charles, the Prince of Wales - 2 orang Perdana Menteri Britain (Disraeli and Tony Blair) dan 11 orang Presiden Amerika menggunakan remedi homeopathy atau mengizinkan perubatan homeopathy dijalankan (Lincoln, Tyler, Hayes, Garfield, Arthur, Harrison, McKinley, Coolidge, Harding, Hoover, & Clinton - Ramai bintang filem dan selebriti TV termasuk Catherine Zeta-Jones, Lesley Ann Warren, Pamela Anderson, Jane Seymour, Suzanne Somers, Lindsay Wagner, Michael York, Dr. Phil and Robin McGraw, Priscilla & Lisa Marie Presley, Jennifer Aniston, Jade Jagger, Tobey Maguire, dan Orlando Bloom For me and family used homeopathy for tonsil, asthma, cough, fever and cold.

Wednesday, April 18, 2012

Berkunjung ke Kota Kinabalu


Bismillah
Tanggal 14 April 2012 kami sekeluarga termasuk cucu ke Kota Kinabalu menaiki Air Asia. Sampai jam 12.30 tengahari di KK kami terus menyewa kereta ke Kundasang melalui jalan Tamparuli singgah makan tengahari. Inilah jambatan Tamparuli. Cantik kan gambar cucu menaiki jambatan tu.. hati-hati cu.. papan jambatan tu..ok..lagi
Kami menginap di Kiram Vilage Kundasang. Sangat sejuk di sini jam 8.00 pagi pun mencecah celcius. malam lagilah sejuk hingga ke tulang hitam. Patutlah disebut negeri di bawah bayu.. Kabus kelihatan di pohon dan di sekitar. Wah segarnya udara di sini. Sungguh nyaman hilanglah tension kejap.
Ini apartment yang kami sewa. Atas bukit dan dikelilingi dengan flora yang cantik
Tu. hubby dengan cucu menikmati udara pagi dengan pohon bunga yang wangi sekali.. Kesian cucu kesejukan..ya..

Monday, April 9, 2012

Katam Quran Halim Kathir



Bismillah
Majlis katam QuranHalim kathir dibuat pada hari Jumaat 24 Jun 2011 malam sabtu selepas nikah Bib siangnya selepas solat Jumaat (majlis dua dalam satu)

Tuesday, March 27, 2012

Bertunang anak besan



ke majlis bertunang anak besan di Seremban..nampak tak cucu.. perkataan yang sering keluar dari mulutnya..nanak... (Tak nak)..He..he.. comel kan

Tuesday, March 13, 2012

Kakak Ipar dan biras yang di sayangi




Hj Ahmad dan hjh Zainab mengerjakan umrah bersama kami pada tahun 2006. Semuga mendapat umrah yang mabrur insyaAllah.

Ke ladang Unta



Setelah melihat2 unta dan meminum susu unta, kami berniat di-

Jaaranah untuk mengerjakan umrah

lagi






Umrah Tahun 2006



Tahun 2006 aku pergi umrah bersama-sama keluarga hubby. Jabal Uhud menggamit memori indah, menyaksikan tinggalan para mujahid yang melindungi nabi Allah dari kaum mushrik. Syahdu... Allah hu akbar

Gambar-gambar lama - convo Mhafiz













Semuga kenangan ini dapat diabadikan di celah-celah kehidupan ini.

Bertugas di Songkhla





Setelah penat menjalankan tugas audit kerja-kerja senggaraan. Berehat pula di tepi pantai mermaid ...Malamnya kami ke tepi sungai makan song tam ke. ape.. ke... lupa lah namanya. Boleh tahan masam dan pedas biasalah masakan thai..sawadikap

Thursday, February 2, 2012

Zikir Ya Allah




Hari ini hari Jumaat. Disarankan berzikir ...Ya Allah..ya Allah.. sebanyak yang boleh dan berselawat lah kepada junjungan nabi Muhamad Rasul Allah saw.

Cuti hari wilayah KL aku terus mencari pondok mengaji kat Al Jenderam. Wah besar perkampungan 30 ekar, kata Ustaz tu..

Namun masih mencari tempat yang sesuai, semuga Allah tunjukan jalan.. Mungkin ke.. pondok yang di celah pohon bukit yang indah itu.. Hemmm WaAllah huaklam
















Monday, January 30, 2012

Mencari-cari

Salam
Lama dah tak update blog.. cuma aku leka tengok blog kegemaran tapi blog sendiri lapok. Aku kini mencari-cari tempat tinggal di sekitar KL, apabila berpencen nanti. Rumah yang dibeli jauh JB dan Segamat. Rasanya tak nak balik kesitu. Aku mencari pondok warga emas di sekitar KL dan Selangor. Rasanya selesa nak menuntut ilmu akhirat. Semuga Allah ketemukan teratak yang sesuai buat menumpang seketika sebelum ketempat yang kekal nanti. Adakah disebalik pohon dan bukit yang menghijau di sini. Alhamdulilah tenangnya.....