Powered By Blogger

Camar Di Langkawi

Camar Di Langkawi

Tuesday, August 17, 2010

Anak masuk HUKM

Bismillah,

Dah masuk minggu ke tiga anak aku semput , bahasa doctor asthma. Asyik pergi klinik sedut gas. Pada 1 Ramadhan 11 Ogos 2010 dia masuk wad HUKM Cheras. Berpuasalah aku menjaga Abdul Halim bersama suami di HUKM.. Teruk betul batuknya tak berhenti-henti. Hari ni dah 17 Ogos , mungkin boleh balik rumah. Hai dah seminggu aku tak terawih ni.. gelisah rasanya. Masa menjaga Halim aku sering berbuka puasa di rumah Kak Nab yang tinggal di Bandar Tun Razak. Keluarga aku memang rapat dengan kakak suami aku ni..he..he..macam adik beradik katakan. Aku memang beruntung Alhamdulillah, ibu mertua, ipar duai semuanya rapat macam keluarga sendiri.

Di HUKM tu ada kedai optician tapi ada doctor mata,aku tak ingat nak mengejanya opthemiristic. Aku pergi le nak menghilangkan bosan duduk aje kat situ. Semak punya semak rupa2nya , cermin mata aku ni over corrected power sesuai untuk orang berumur 60 tahun. Hai itulah silapnya pergi beli cermin mata kat optician yang tak ada doctor mata ni.. Hish menyesal.

Melihatkan tugas staff nurse dan doctor di hospital ni hati aku tersentuh. Kesihan sungguh family mereka tiap hari berbuka sendiri. Banyak pahala kalau ikhlas membantu warga yang sakit. Kita ni baru masuk tujuh hari dah tak larat tak dapat berbuka dengan anak2 yang lain. Semuga Allah merahmati keluarga mereka semuanya…