Powered By Blogger

Camar Di Langkawi

Camar Di Langkawi

Wednesday, November 18, 2009

Bismillah,
Lama dah tak update blog busy sikit.. Kini ku tambah coretan

Pengalamanku dengan Ibu Mertua ....

Ibu Mertua ku telah meninggal dan kebetulan sama tarikh dengan hari jadi ku..6 Ogos. Kini dua tahun dia dah meninggal dunia. Tapi ingatan manis mempunyai ibu mertua sangat manis buatku Alhamdulillah ..Aku banyak ibu.. Ibu kandung, ibu tiri yang aku panggil Mak Tua dan bila aku berkahwin tambah lagi ibu.. Ibu Mertua.

Ibu mertuaku sangat lemah lembut orangnya dan tingkah lakunya terhadap aku seperti dia anggap aku ini anak kandungnya. Tidak pernah sekali aku berkecil hati dengannya.. Ya Allah ampunkanlah dosa2 ibu mertua ku ini..

Masa dia meninggal dapatlah aku memandikan nya buat kali terakhir.. Kini semua tinggal kenangan.... Kepada semua yang membaca blog ini hendaklah kita menghormati ibu mertua kita seperti ibu kandung juga. Sekali menjadi ibu mertua kita tak kan batal air sembahyang dunia akhirat.

Kalau nak bersalin tu, mintalah ampun dosa dari suami, mak kandung dan jangan lupa mak mertua... InsyaAllah... Senang bersalin tu.

No comments:

Post a Comment